Terbanyak pulak post malam ni kan. Alkisahnya tadi terminum kopi, tapi nak tidur dah ni, just nak clearkan apa yang ada dekat kepala, sebelum betul2 clear, tulis dulu dekat sini.
_______________________________________________
Why
Latih diri untuk sentiasa persoalkan WHY (kenapa)
Selalunya kita dari dulu belajar WHAT (apa) dan HOW (bagaimana)
Contohnya kita belajar Sains, kita belajar macam-macam fakta, tentang proses-proses, semuanya melibatkan WHAT and HOW. Tapi pernah tak kita terpikir WHY ? Kenapa aku kena belajar Sains ni ye? untuk dapat A exam? Lepas dapat A jadi apa? Lupa dah apa belajar (contohnya nabila la tu )
Instead, sepatutnya (yang dulu nabila tak buat) untuk pasakkan, nak belajar sains untuk lebih kenal Allah. Yeah, kita kan belajar pasal badan manusia, haiwan, tumbuhan semua tu kan melibatkan ciptaan Allah. Macam contoh kita belajar pasal proses pernafasan, jantung, kemandirian spesies. Kita akan tengok bertapa Allah ya Maha Latif, sangat lembut sangat halus ciptaanNya. Tapi dulu tak terpikir. duk pikir nak dapat A je. Pastu dah lupa apa belajar.. ðŸ˜
konklusi dia ialah untuk selalu tanya WHY dalam kita membuat sesuatu
Kenapa nak kerja
Kenapa nak belajar
Kenapa nak kahwin
Kenapa aku diuji
Kenapa aku buat keputusan macam ni
Kenapa kena baca al-Quran
Kenapa macam tu , kenapa macam ni
___________________________________________________________________
Dan kenapa itu merujuk kepada niat kita. Sesungguhnya setiap amal bergantung kepada niat. Set minda, niat semuanya kerana Allah. Walau susah kita cuba ye. Sebab Allah melihat setiap usaha-usaha kecil kita
Sempatlah merasa jadi cikgu sekolah dalam 2 bulan lebih. Salute dengan cikgu2 dekat luar sana. |
Kelas Sains Tingkatan 2 |
No comments:
Post a Comment