Thursday 19 November 2020

8 cara untuk bahagia

Assalamuaalaikum, hai apa khabar, untuk minggu ni nabila nak share pasal 8 cara untuk bahagia. Bahagia, siapa tak nak kan.. semua orang nak, so jom kita check apa 8 cara tu, btw yang ni nabila dapat dari dengar2 fb live Selamat Pagi Malaysia siang tadi, diorang jemput Prof Dr. Muhaya untuk kupas  tajuk Carta Kebahagian. 

1. Ada tujuan/ misi kehidupan 

Kena jelas ni, dalam hidup ni apa yang kita nak capai. Bila kita tahu apa yang nak, automatik kita akan rasa semangat untuk lalui kehidupan seharian. Orang yang jelas dengan tujuan hidup dia akan bangun awal setiap pagi, sebab semangat nak capai tujuan dan misi diorang. So, kalau macam nabila kadang terlewat sikit bangun tu, kena cek balik tu tujuan/ misi hidup.

2. Mempunyai social connection yang tinggi 

Yang ni kira macam ada silaturahim yang baik dengan orang sekeliling atau jiran- jiran atau geng-geng surau atau ada join NGO. Kajian menunjukkan, jika kita ada social connection yang tinggi atau baik, dapat membantu kita untuk lebih bahagia gitu. Mungkin cara yang lain untuk saling bertanya khabar kawan-kawan, sedara mara yang di kejauhan sama. 

3. Sihat (ambil makanan yang sihat, suka senaman) 

Okay bab ni kadang mencabar jugak sikit. Sebab lately nabila agak banyak makan fast food dengan kaffein. Fuhh,, nak kurangkan tu mencabarnya. Kena ganti dengan buah-buahan dan sayur-sayur ni, huhu. Untuk senaman pun, hujung minggu or cuti je la dapat. Ada kajian mengatakan kalau kita senaman, buat aktiviti akan mengeluarkan horman yang baik, yang boleh buat kita happy gitu. 

4. Count the blessing 

Ni kiranya kena bersyukur. Jangan kita duk kira apa yang kita tak ada. Tapi kira apa yang kita ada, yang Allah kurniakan.. tak terkira kan. Lagi bagus tiap-tiap hari kita buat journal tulis apa nikmat yang Allah kurniakan pada hari tu. Bila kita count the blessing ni, nak rasa sedih atau down pun tak sempat. 

5. Menikmati masa

Kalau yang ni apa yang nabila paham dari explanation Prof Muhaya, lebih pada nikmati setiap masa yang kita ada. Macam contoh yang Prof bagi, kalau anak umur 2 tahun suruh tengok apa yang dia lukiskan, so sebagai mak, jangan la kita duk kata busy atau sibuk dengan phone. kita nikmati masa dengan anak tu. Macam contoh lain, nikmati our sweet time, tngok alam, tengok pokok, tengok langit. 

6.  Tolong orang lain 

Yep. ada orang bila dia tolong orang lain, mudahkan urusan orang kita akan rasa bahagia. Kalau mcm org yang tengah depressed mungkin boleh tolong orang lain, untuk kurangkan rasa depressed tu. Sebab bila kita beri kebahagian kepada orang lain. nanti kita pun akan dapat kebahagian. 

7. Optimis 

Optimis ni nabila tengok dalam kamus online maksud dia; selalu mempunyai harapan yang baik dalam sesuatu hal. Lawan dia ialah pesimis. Maksud pesimis pula;  mudah kecewa, mudah berputus asa. 

Contoh ayat-ayat pesimis yang kita ungkapkan : Kejap lagi, susah la, tengoklah nanti ( ni Prof Muhaya yang bagi contoh) 

8. Penambah baikkan diri 

yg nabila faham dari sini, selalu cuba untuk improvekan diri. belajar sokmo, cari ilmu, masuk kelas kelas, masuk circle yang baik, pilih makanan yang baik. dan semua yang baik baik la untuk diri sendiri.. gittu 

Kadang tengok pokok berbunga pun dah bahagia 




No comments:

Post a Comment