Friday 29 December 2017

Azam 2018 dan mendatang

Okay hari ini hari Jumaat yang terakhir bagi tahun 2017

Dah ramai yang duk pakat post azam 2018 masing masing

Kalau nabila sendiri pun ada panjang list yg nak buat untuk 2018

Tapi sebenarnya terlupa satu azam ni. 

Berazam untuk tahun nie lebih kenal Dia, agar lebih rindu pada Dia, dan lebih cinta pada Dia 
sebab orang kata tak kenal maka tak cinta kan?

lebih indah jika apa yang nabila tengah buat sekarang, thesis contohnya, dapat buat nabila lebih kenal pada Dia, pergi hiking atau travel contoh yang lain, dapat jugak lebih kenal Dia.. kiranya semua benda la.. semua dapat jadikan nabila lebih kenal pada Dia

doakan ya.. nabila pun doakan.. sesiapa yang baca ni akan dapat lebih kenal Dia.. sebab kepada Dia kita kembalikan ? ツ




Sunday 10 December 2017

Kematian itu dekat

Malam ni dapat berita sedih daripada seorang sahabat.

Bondanya telah kembali ke rahmatullah.

Hari tu sempat melawat di ICU. Sakitnya tiba-tiba, peningnya tak lama, kemudian terus collapse dan koma.

Membuatkan nabila tersentak, boleh jadi perkara yang sama berlaku pada ibu bapa sendiri.

Tak sempat nak minta maaf, tak sempat nak membalas jasa kerana ingin gapai cita-cita dunia, tak sempat nak berbakti terus, Allah dah tarik nyawa mereka

Lantas, jika sayangkan mereka katakan sayang, jika ada buat salah pada mereka ucapkan maaf, jika ada masa pulanglah jenguk mereka dan bertanya khabar 

Kerana kematian itu dekat. Bila-bila masa mereka akan kembali ke pangkuan yg Esa

إنا لله وإنا إليه راجعون..
اللهم اغفرلها وارحمها وعافها واعف عنها




Trip CBL

Teringat sikit je, waktu pergi trip hiking dan camping ke Chemerong Langsir Berembun  dengan Hikers Slumber Community hujung Oktober lalu.

Makanan- makanan sedap, view- view yang sangat indah, line up yang sekepala je semua, lantas nikmat mana lagi yang mahu dustakan, hehe

Biarlah hanya gambar yang berbicara

Air Terjun Chemerong. Indahkan. Kalau duduk sini berejam sambil tengok keindahan dia pun takpe. Tapi tak boleh berlama sebab perlu gerak ke kem pula or else malam baru sampai

Dekat bawah tu Sungai Bangan. Sangat jernih dan agak dalam jugak, Nabila tak menyelam pun time ni. Tengok kawan kawan je pun dah cukup. Untuk keselamatan HSC dah siap2 bawakan jaket keselamatan. Baguih kan depa ni

Sikit lagi ayuhh
Nama kakak ni kak tikah,, orangnya kecik molek, ramah dan penyayang gitu. Dan akk ni sangat pagai jaga roti tu hinggalah sampai ke kem site. Tak terpenyek, jadi elok je. Kalau nabila punya sampai dah nak terkoyak plastik roti.


Jeram Lesung ni tak  jauh pun dari Kem Langsir. Dekat sini kalau nak berendam memang syok. Air pun sangat jernih. Boleh buat kuak lentang kuak kupu kupu dan sebagainya

Solatlah di mana mana

Pagi dari Kem Langir diindahkan dengan awan karpet. Love in the air gitu

Muka eksaited dah sampai Gunung Berembun #teamLadiesHSC

Nak pergi amik air je padahal. Tapi sebab view dekat sini lawa sangat. Kalau buat photoshoot konvo ke kahwin ke lawaa sangat.

Kefahaman tantang sesuatu

Ini random thought sahaja

tentang bagaimana jika kita faham atau tau tentang sesuatu dapat menaikkan keyakinan kita untuk nak buat sesuatu perkara

Bagaimana jika seorang pelajar dia faham tentang apa yang dia belajar, dapat meningkatkan keyakinan dia untuk nak jawab exam

Bagaimana jika seorang presenter, dia faham dan dia study dulu apa yang nak dia bentangka,n dapat meingkatkan keyakinan dia untuk nak bentang pada hari tersebut

Boleh jadi bila kita tak faham apa yang kita sedang lakukan kita akan rasa ragu ragu untuk buat perkara tersebut

Macam tu jugak dengan seorang pekerja, seorang cashier let say, hari pertama kerja , dia mesti kena belajar dulu, fahamkan dulu macam mana procedure semua, bila customer datang tak da la dia kelam kabut ye dak.

Jadi hipotesis2 ini menunujukkan bila mana seseorang faham ada knowledge tentang apa yang dia nak buat, dia akan yakin untuk buat sesuatu itu. Jadi ia berkait dengan ilmu, atau baca.

something to pondered, kenapa in the first place, ayat yang diturunkan pun pasal membaca which is untuk mendapatkan ilmu, yang ni perlu diexplore lagi,. 

Sekian bebelan, insyaAllah nanti kalau ada lagi input pasal yang ni nabila akan share lagi



p/s: gambar ini diambil masa live waktu konvo hari tu. Nak katanya bila dah dapat segenggam ijazah, maksudnya dah abis belajar 4 tahun dalam bidang sekian sekian. Tapi still adakah dengan belajar selama 4 tahun tu memberi jaminan kepada para graduan untuk yakin nak kerja dalam bidang yg mereka belajar sama ada bidang Al-Quran, As-Sunnah atau lain lain? 

Spaghetti Carbonara

Hari Selasa Lepas. Hari giliran memasak. Jam dah 6 lebih petang, tapi masih buntu nak masak apa, skrol fb cari resepi pun masih belum dapat idea. Last2 masak apa yg tau, maka terhasillah spaghetti carbonara

Bahan-bahan
spagheti
chopped onion
daging/ayam cincang
sosej (optional)
chicken stock
cooking cream / whipping cream
tepung jagung

Method

1)rebus air n letak garam dln air tu..pastu rendamkan spagheti

2)pastu panaskan minyak... n saute' daging cincang smpi wangi then masukkan chopped onion (1 biji)
saute' lg dlm 5 min..pastu masukan sosej..then saute dlm 5 min...masukkan cream

3)bila da start panas...masukkan chicken stock 3/4 cube
klu nak wangi..bole masukkan crush black pepper
masukkan susu klu nak sos jd byk sket sbb cream tu mahal...cream klu elok guna 1liter..tp klu mahal..pakai je 500mlsusu tu x perlu byk...250ml da cukup

4)masukkan tepung jagung dlm 1 1/2 sudu dln air biasa dan kacau pastu bancuhan tepung jagung tu masuk dlm sos carbonara..utk pekat kan dia..make sure kacau slalu
bila da cukup pekat yg nak..tutup api

Saturday 11 November 2017

Ayam Masak Berlada

Hai Assalamuaalaikum, pagi ni nabila nak share resepi ayam masak berlada, kalau ikutkan, resepi ni pun nabila amik dari fb, credit kepada Siti Aminah
Resepi:
  • 3 bawang merah*
  • 3 bawang putih*
  • 4 cili besar*
  • 4 cili padi ( nak pedas boleh tambah)*
  • 3 sudu sos cili
  • 3 sudu sos tiram
  • bawang besar dihiris
  • daun bawang
Goreng ayam separuh masak (nabila lumurkan ayam dengan kunyit dan garam sikit), Tumbuk bahan bertanda* dan tumis sampai pecah minyak, tambah air, sos cili, sos tiram,  hirisan bawang besar, masukkan ayam dan perasakan bagi cukup garam dan gula.. dah siap boleh dihidang