Friday 31 December 2021

Gratitude Journal

Okay nothing much, nabila just nak share dan mungkin nak try apply untuk zahirkan kesyukuran yang berlaku setiap hari atau dua tiga hari sekali dengan harapan nabila dapat menjadi seorang yang lebih bersyukur dan gembira

Antara yang perlu nabila bersyukur ialah :


1. Nabila dapat bonus RM 1,000 daripada boss. Alhamdulillah dengan duit tu dapat nabila berkongsi rezeki dengan abah, mama, yuk bie dan lanje makan syg. Dapat bayar yuran master, dapat abiskan baki hutang mak long. Alhamdulillah setel hutang mak long setelah 2 tahun nabila slowly bayar. Cuma tinggal hutang dengan ptptn je.. Moga dapat langsaikan dalam masa 2-3 tahun ni. Sebelum ni duk fikir, ingat kena pinjamkan sikit duit dari yg simpan tempoh hari untuk bayar yuran master. Alhamdulillah masih tak terusik duit tu. Bolehla top up top up beli kelengkapan baby nanti insyaAllah.

2. Alhamdulillah nabila dah start kerja dekat Wspace. Tempat yang selesa untuk nabila nak buat kerja. At least bila duduk sini. Tak la nabila rasa terperap duduk rumah boleh jadi banyak tidur sampai pening kepala. At least nabila juga dapat exercise sikit sikit jalan kaki bila nak on the way ke sini. Adalah sikit pergerakan tu. Kalau tak duduk rumah asyik tidur dan sakit kepala sahaja. Cuma bila malam tu dah penat nak buat apa apa.. Sebenarnya boleh je, tapi mindset untuk asyik layankan nak rehat je.. Kita tgk nanti macam mana

3. 2 Miggu lepas dapat gak beli subang guna duit mas kahwin, mekasih sayangku top up lagi 2 ratus lebih untuk isterimu untuk subang, love you to the moon and back. Sejak tunang ngan sayang tahun lepas duk kumpul barang kemas je, rantai RM 3500 lebih tak silap, gelang RM 2400 lebih, cincin RM 700, subang RM 759 gitu.. Total dekat RM 7359 .. Thank you so much sayangku. Bila saya tengok cermin, dan nampak diri sendiri kat cermin, saya nampak pemberian sayang yang penuh dengan kasih sayang dekat diri saya. 

4. Selasa lepas dapat Inai, tak tahu kenapa sejak kahwin minat pakai inai. Bak kata syg, sebab dah ada suami, boleh tunjukkan dekat suami, lebih kurang gitulah bunyinya. Nak katanya, lepas kahwin bolehla cantikkan diri untuk suami sebelum kahwin tak berasa apa. Apa pun tq my love sbb pakaikan sayang inai, saya buffer n pakai beberapa lapis. Cantik pulak tu.. Berseri je nampak kuku.. 

5. Alhamdulillah Allah bagi kesihatan yang baik minggu ni, kalau minggu lepas start keje malam dah melepet , tak masak apa. Minggu ni dah rajin sikit. Hari isnin ritu masak ayam masak kurma, selasa masak ikan sardin, telur dada n ikan masin, rabu ikan keli goreng ngan sayur bayam, khamis makan rumah mama, Malam ni insyaAllah nak masak ayam masak kicap. Alhamdulillah dapat suami yang tak memilih sangat nak makan, makan apa adanya, tu pun satu rezeki jugak. Moga Allah terus kurniakan nabila kesihatan yang baik dan terus semangat untuk nak masak pada family. Jimat pun jimat .. Hehe

6. Alhamdulillah, minggu lepas dapat beli bunga untuk nak cantikkan rumah, beli alas kaki. Nabila bersyukur Allah kurniakan kami rezeki duduk rumah yang selesa. Lengkap semuanya, dapat hiaskan ikut preference. Alhamdulillah ya Allah. 

7. Antara yang lain nabila nak zahirkan kesyukuran, terima kasih ya Allah, kurniakan nabila suami yang baik, penyayang, sabar,baik dengan famili nabila, yang melengkapi, ajar nabila Quran, tak berkira dengan nabila, selalu tanya apa yang nabila nak, belikan keperluan nabila ubat, baju, emas, duit belanja tiap bulan, makanan, belanja makan lagi, biskut2, turun naik angkut air siap isi dalam bekas air untuk nabila, selalu tanya nabila nak apa apa tak, teman bila nabila tgh masak, charge kan henfon nabila, belikan apa yg nabila nak, mcm contoh susu ESP, beli air soya, buahan, sayuran, eh banyakklah nabila tak terlist. Terima kasih ya Allah, nabila tak tahu apa yang nabila buat untuk deserve suami sebaik dia. 







Tuesday 5 January 2021

hai 2021

 Hi, this is my first entry for 2021 

nothing much, this gonna be not too long entry, sbb menulis jap take 10 di office, tgh ngantuk.. uuu

2021, boleh dikatakan tahun yang excited n mendebarkan pada masa yang sama 

tahun yang nabila harap sangat dapat jadi  a new person yang lebih baik 

yang lebih kenal diri, kenal Allah, so that nabila boleh sentiasa rasa kehadiran Dia dalam setiap ketika 

tahun yang nabila harap nabila dapat belajar dengan lebih baik Al-Quran 

tahun yang nabila harap nabila dapat hadirkan diri pada Allah setiap kali solat 

tahun yang  nabila sentiasa rindukan Allah dan untuk tahun2 mendatang 

tahun yang nabila harap dapat jadi ummat Nabi Muhammmad yang sentiasa rindukan baginda

tahun yang nabila harap dapat jadi isteri yang baik, anak yang baik, kakak yang baik, pekerja yang baik, kawan yang baik, pelajar yang baik. yg terus buat kebaikan tanpa mengenal syarat 

tahun yang nabila terus2 count the blessing from Allah every single second

dan untuk tahun tahun yang mendatang 


p/S: nabila ingat nak letak gambar selfie.. tapi mcm tak sesuai pulak.. nampak sangat muka ngantuk tu.. okay bai