Thursday 26 November 2020

Adab Sebelum Ilmu

 I'm literally cried while writing this entry

...................................................

Alkisahnya tadi nabila ada tengok dekat fb, seorang student sekolah menengah ni buat video, dalam video tu dia mcm ejek la cikgu-cikgu, yg bila mengajar face to face duk suruh student senyap dalam kelas, tapi bila ajar online duk macam merayu dekat student utk bercakap, beri respon. Err,.. bengkek pulak tengok video tu. 

Nabila nak share.. pastu nabila teringat...

yang nabila pun ada buat salah dekat sorang pensyarah ni, yang tak sepatutnya nabila selaku pelajar buat mcm ni. tahun lepas, nabila blok pensyarah ni, sebab kononnya tertekan, pensyarah tu selalu tanya progress thesis. Ya Allah, teruknya perangai. 

Nabila reflek, boleh jadi antara asbab nabila rasa sukar nak menulis, sebab kurangnya adab nabila kepada pesnyarah tu. padahal ni pensyarah tu nak bantu kita. Allahu, ampuni nabila ya Allah.. 😭😭

________________________


Tuesday 24 November 2020

My Journey


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maaha Penyayang 

nabila akan tulis dekat sini untuk memori akan datang. 

journey kritikal nabila sebelum nak submit thesis. 

i'm gonna cherish this moment 

___________________________________________

Malu jugak sebenarnya dekat diri sendiri. Dah tulis dah plan dah buat timeline berpuluh kali untuk submit. Tapi tak submit2 lagi 😂. Allah Mustaan.

So hari ni nabila ambil cuti, untuk refleks betul2, apa plan yg kena buat. kenapa susah sangat nak menulis siapkan ni. Dan dari reflection nabila sedar yang ada 36 hari je masa berbaki untuk siapkan. kalau tak babai.. dan nabila sedar jugak: 

1) nabila banyak ralit tgk medsos - insta, telegram, wasap 
2) penat bekerja? nope its not about penat bekerja, tapi tak dapat manage masa dengan baik 
3) kurang kebergantungan kepada Allah. kita duk pom pang pom pang nak buat itu ini. Tapi tak sedar, semuanya idea, kekuatan daripada Allah 

so resolusi dia 

1) Dalam masa 36 hari ni, uninstall istagram, left dulu group telegram yg buatkan nabila ralit tu, nak unistall fb, tapi tak leh, sbb ada kelas online thru fb. tapi try ur best untuk kurangkan. its okay dalam masa 36 hari ni tak tau sangat apa yg berlaku di sekeliling dunia. Just sabar untuk 36 hari lagi 

2) Okay nabila akui, masa nabila banyak dekat kerja. Bangun pagi kul 5 lebih, siap2 pergi kerja, pastu balik umah dekat pukul 6 lebih petang. pastu siap2 nak mengajar. Lepas ngajar dalam kul 10.15 malam skrol fb, insta, tele, sampai pukul 11 lebih dekat pukul 12 pastu tido, dan ulang sampai abis 1 minggu 1 minggu. so bila nak siapkan thesisnyaaa...

so apa kena buat, adjust balik rutin harian. tido awal bangun awal, pergi kerja awal lagi. mungkin boleh consider bawak kereta gi kerja, nabila jimat 1 jam dekat situ. Sebab kalau naik public transport sejam stgh amik masa. Kalau bawak kereta, setengah jam shj perjalanan. Dan hikmah musim hujan ni, bos bagi balik pukul 4 instead of pukul 5. Itu pun satu nikmat jugak kan.

Plannya, pukul 10.45 paling lewat kena tido. Pukul 3.30 pagi paling awal lewat kena bangun. Pukul 6.30 pagi pergi kerja, sampai jam 7.00 ada masa lagi sejam untuk menulis. Allah mustaan 

3) Ask Him. mintak la tolong Allah. janganlah sombong sangat diri malas nak berdoa.. ingat semua kita boleh buat sendiri?? mohon sedar diri, nabila 

________________________________________

konklusi. 

nabila tak tau nak tulis apa untuk conclusion. Yang nabila tau, di sebalik struggle nak submit thesis ni. ada banyak yang nabila dapat sepanjang journey ni. So, nabila akan cherish moment ni dan akan memaknai perjalanan ni.



Tengah duk menulis kat sini, mama panggil dari bawah (dengar kat tingkap) untuk tgk bunga dia, indahkan 💖

biarlah buruk pun, nak share jugak.. haha, nak boleh ke buat reflection ni dekat seminggu tangguhnya,  nabilaa.. nabilaa 😷. yg notes bawah tu tadi sambil dengar prof muhaya, dia share pasal orang yg suka menunjuk dekat kawan2 dekat media social. Antara ciri dia 1) dia kurang kasih sayang 2) perlukan valiadation org untuk happy- orang tak like kecik hati 3) boleh dapat dosa kalau ada riak.. huu.. zass sekejap 















Friday 20 November 2020

Why

Terbanyak pulak post malam ni kan. Alkisahnya tadi terminum kopi, tapi nak tidur dah ni, just nak clearkan apa yang ada dekat kepala, sebelum betul2 clear, tulis dulu dekat sini.

_______________________________________________

Why 

Latih diri untuk sentiasa persoalkan WHY (kenapa) 

Selalunya kita dari dulu belajar WHAT (apa)  dan HOW (bagaimana)

Contohnya kita belajar Sains, kita belajar macam-macam fakta, tentang proses-proses, semuanya melibatkan WHAT and HOW. Tapi pernah tak kita terpikir WHY ? Kenapa aku kena belajar Sains ni ye? untuk dapat A exam? Lepas dapat A jadi apa? Lupa dah apa belajar (contohnya nabila la tu ) 

Instead, sepatutnya (yang dulu nabila tak buat) untuk pasakkan, nak belajar sains untuk lebih kenal Allah. Yeah, kita kan belajar pasal badan manusia, haiwan, tumbuhan semua tu kan melibatkan ciptaan Allah. Macam contoh kita belajar pasal proses pernafasan, jantung, kemandirian spesies. Kita akan tengok bertapa Allah ya Maha Latif, sangat lembut sangat halus ciptaanNya. Tapi dulu tak terpikir. duk pikir nak dapat A je. Pastu dah lupa apa belajar.. 😭

konklusi dia ialah untuk selalu tanya WHY dalam kita membuat sesuatu

Kenapa nak kerja

Kenapa nak belajar

Kenapa nak kahwin

Kenapa aku diuji 

Kenapa aku buat keputusan macam ni 

Kenapa kena baca al-Quran

Kenapa macam tu , kenapa macam ni 

___________________________________________________________________

Dan kenapa itu merujuk kepada niat kita. Sesungguhnya setiap amal bergantung kepada niat. Set minda, niat semuanya kerana Allah. Walau susah kita cuba ye. Sebab Allah melihat setiap usaha-usaha kecil kita

Sempatlah merasa jadi cikgu sekolah dalam 2 bulan lebih. Salute dengan cikgu2 dekat luar sana. 




Kelas Sains Tingkatan 2 




Male emperor penguins are good dads

Post ni nabila simpan dekat sticky notes di laptop since 27 Februari 2020 lagi, time ni ajar darjah 5 bab Kemandirian Spesies Haiwan. Hajat nak buat satu status dekat insta pasal ni dulu2. tapi tak tersempat nak olah karangan sampai la sekarang, haha. So tempek dekat sini dulu la.. 

________________________________________________________________________




During the summer in the Southern Hemisphere – from about December to February – emperor penguins in Antarctica are at sea fattening up on squid, fish, and krill. As autumn approaches in March, the emperors leave the water and begin a long trek to one of several breeding colonies. The breeding cycle begins around now – the month of April, autumn in Antarctica – when penguins mate on the reforming sea ice. Each female produces a single egg. She transfers the egg to her mate, then leaves to spend winter in the open ocean.

During Antarctica’s winter – a frigid night four months long – male emperor penguins huddle by the hundreds in the snow. The male penguins guard the eggs and keep them warm. Each male penguin puts his egg on his feet. He covers it with a fold of skin. In this way, he keeps it warm at about 100 degrees Fahrenheit (38 degrees Celsius) while the outside temperatures can drop well below -30 degrees F (?35 degrees C).

For 65 days, each bird incubates an egg, huddled in large colonies with only feathers, fat, and each other to stay warm. The eggs may begin to hatch in July, but the male penguins’ winter vigil won’t end until around August when the sun peeks over the horizon.

By the time the female returns, sleek and full of food, the male may have lost 45 percent of his body weight. Ravenously hungry, he leaves to feed at sea. The offspring grow rapidly in summer when food at sea is plentiful. By December, the chicks are on their own.

Five years from now, if they survive in their ocean home, the young penguins will return to become parents themselves.

_________________________________________________________________________

Konklusi boleh kita buat, bila kita renung kejadian Allah, tak kisah haiwan atau tumbuhan, banyak pengajaran yg boleh kita amik. Sangat hebat semuanya ciptaan Allah. Macam penguin ni, kalau tengok video dekat youtube pun banyak yang kita boleh amik, antaranya komunikasi dalam hubungan, bertanggungjawab, jaga keluarga dan banyak lagi boleh kita tengok. 

*artikel dipetik daripada http://lisaandherworld-lisah.blogspot.com/2019/04/male-emperor-penguins-are-good-dads.html

Thursday 19 November 2020

8 cara untuk bahagia

Assalamuaalaikum, hai apa khabar, untuk minggu ni nabila nak share pasal 8 cara untuk bahagia. Bahagia, siapa tak nak kan.. semua orang nak, so jom kita check apa 8 cara tu, btw yang ni nabila dapat dari dengar2 fb live Selamat Pagi Malaysia siang tadi, diorang jemput Prof Dr. Muhaya untuk kupas  tajuk Carta Kebahagian. 

1. Ada tujuan/ misi kehidupan 

Kena jelas ni, dalam hidup ni apa yang kita nak capai. Bila kita tahu apa yang nak, automatik kita akan rasa semangat untuk lalui kehidupan seharian. Orang yang jelas dengan tujuan hidup dia akan bangun awal setiap pagi, sebab semangat nak capai tujuan dan misi diorang. So, kalau macam nabila kadang terlewat sikit bangun tu, kena cek balik tu tujuan/ misi hidup.

2. Mempunyai social connection yang tinggi 

Yang ni kira macam ada silaturahim yang baik dengan orang sekeliling atau jiran- jiran atau geng-geng surau atau ada join NGO. Kajian menunjukkan, jika kita ada social connection yang tinggi atau baik, dapat membantu kita untuk lebih bahagia gitu. Mungkin cara yang lain untuk saling bertanya khabar kawan-kawan, sedara mara yang di kejauhan sama. 

3. Sihat (ambil makanan yang sihat, suka senaman) 

Okay bab ni kadang mencabar jugak sikit. Sebab lately nabila agak banyak makan fast food dengan kaffein. Fuhh,, nak kurangkan tu mencabarnya. Kena ganti dengan buah-buahan dan sayur-sayur ni, huhu. Untuk senaman pun, hujung minggu or cuti je la dapat. Ada kajian mengatakan kalau kita senaman, buat aktiviti akan mengeluarkan horman yang baik, yang boleh buat kita happy gitu. 

4. Count the blessing 

Ni kiranya kena bersyukur. Jangan kita duk kira apa yang kita tak ada. Tapi kira apa yang kita ada, yang Allah kurniakan.. tak terkira kan. Lagi bagus tiap-tiap hari kita buat journal tulis apa nikmat yang Allah kurniakan pada hari tu. Bila kita count the blessing ni, nak rasa sedih atau down pun tak sempat. 

5. Menikmati masa

Kalau yang ni apa yang nabila paham dari explanation Prof Muhaya, lebih pada nikmati setiap masa yang kita ada. Macam contoh yang Prof bagi, kalau anak umur 2 tahun suruh tengok apa yang dia lukiskan, so sebagai mak, jangan la kita duk kata busy atau sibuk dengan phone. kita nikmati masa dengan anak tu. Macam contoh lain, nikmati our sweet time, tngok alam, tengok pokok, tengok langit. 

6.  Tolong orang lain 

Yep. ada orang bila dia tolong orang lain, mudahkan urusan orang kita akan rasa bahagia. Kalau mcm org yang tengah depressed mungkin boleh tolong orang lain, untuk kurangkan rasa depressed tu. Sebab bila kita beri kebahagian kepada orang lain. nanti kita pun akan dapat kebahagian. 

7. Optimis 

Optimis ni nabila tengok dalam kamus online maksud dia; selalu mempunyai harapan yang baik dalam sesuatu hal. Lawan dia ialah pesimis. Maksud pesimis pula;  mudah kecewa, mudah berputus asa. 

Contoh ayat-ayat pesimis yang kita ungkapkan : Kejap lagi, susah la, tengoklah nanti ( ni Prof Muhaya yang bagi contoh) 

8. Penambah baikkan diri 

yg nabila faham dari sini, selalu cuba untuk improvekan diri. belajar sokmo, cari ilmu, masuk kelas kelas, masuk circle yang baik, pilih makanan yang baik. dan semua yang baik baik la untuk diri sendiri.. gittu 

Kadang tengok pokok berbunga pun dah bahagia 




Friday 6 November 2020

Siblings


Hi , welcome back, 😎🐧

So seperti yang dijanjikan hari ni nak cerita pasal my siblings. Well, this is my first time tulis pasal diorang. So here we go... 

................................................

Nurul Nadia - Along (garang, sensitif, pemurah)

Along, beza 2 tahun dari nabila. Kerja nurse di CVS. Dia satu satunya dalam famili yang panggil nabila adik. Haha, mungkin sbb beza nabila ngan ira lama, so dia terbiasa terlekat panggil adik sampai sekarang. Yang lain semua dalam femili panggil angah. Cuma biyyen je la panggil meoww.. haha. Dulu masa sekolah selalu jugak bergaduh, ada je yang tak kena. Tapi sejak dia masuk asrama masa dia tingkatan 4 di MRSM Kuantan, lepas tu hubungan kita orang jadi baik sikit. Haha, mungkin sebab jarang jumpa kot. Bila dia balik pun sekejap je waktu cuti, so tak sempat nak bergaduh...haha

Garang- Along ni boleh dikatakan garang jugak, garang macam tiger 🐯, tapi dalam hati dia lembut macam meoww 🐱. Tapi kalau nak dibandingkan, dulu dia lagi garang berbanding sekarang, lebih kepada tegas lah, ke semua anak sulung macam ni ya. haha

Sensitif (hati lembut) - nabila perasan yang along ni walau dia kat luar nampak garang dan tegas, tapi hati dia sensitif dan lembut. Tapi dia takda la menangis depan kita orang. Tapi bila dia menangis tu, nampaklah bengkak je mata. Ada la beberapa benda yang nabila perasaan hati dia sensitif. Macam contoh waktu nak pergi bercuti famili ke Cameron baru ni, abah macam berat nak pergi, dengan alasan sokmo je pergi situ outstation,.Bila abah cakap macam tu dia dah tahan air mata nak menangis pastu masuk dalam toilet. So nabila pujuk la abah balik...


Tapi dalam conversation ni, ada nabila delete, ayat yang kata along menangis,.haha, terus abah kata nak join. Well, kadang-kadang drama air mata pun menjadi jugak kan.. 😁

Pemurah - Dalam adik beradik, along paling pemurah, tak berkira, selalu belanja famili. Pastu dia selalu jugak jadi bank nabila. Kalau tak cukup nak bayar yuran ke apa, dia akan pinjamkan duit, dan bila dia pinjamkan duit, dia tak pernah tanya pun bila kita nak bayar balik. Bab pengurusan kewangan dia pun memang superb. 

..................

 Dengan along, antara yang nabila belajar: 

1) Jangan berkira sangat dengan adik beradik dan famili 

2) Bila jauh dengan famili, selalu kol tanya khabar mama abah. 


Bila tengok album gambar, baru perasan, tak banyak sangat bergambar berdua dengan along, ni gambar tahun 2018 tak silap 

Sept 2020, our first hiking together. tak sangka tahun 2020 ni, along develop hobi baru which is hiking yeayyy....

___________________________________________________________________________

Nurul Nazira - ira (kelakar, fashionista, garang, penyayang)

Umur 22 tahun, sekarang tengah degree law di Unisza. Beza lima tahun dengan nabila. Tapi rasa mcm tak lima tahun sangat pun beza. Kadang rasa dialah kakak. haha.. Sebab dia ni macam matang jugak, kadang ada certain benda dan masalah nabila akan ceritakan dekat dia, dan dia akan bagi solusi dan advise dari perspektif berbeza yang nabila sendiri tak nampak. 

Kelakar - Ira ni adik beradik yang paling kelakar. Tapi bila dia buat lawak tu muka dia selamba je. Kira dia ni penyeri rumah la, kalau tak ada dia sunyi rumah. 

Fashionista - Antara kami, ira paling up to date bab fashion, kasut dia pun berkotak, belum baju dengan alat make up skin care lagi. Mungkin sebab environment dia dan kawan kawan dia macam tu kut. Berbeza dengan nabila dan along, kami memang failed bab make up ni. Kalau nabila, pandai tempek bedak ngan lipstik je tak nak bagi nampak pucat sangat muka. Celak, eyeshadow apa semua memang failed nak pakai. 

Tapi bagus jugak ira advanced bab ni. Kalau nabila n along ada event ke kenduri ke nak pergi mana mana, dialah yang akan jadi advisor tudung mana yang sesuai nak matching-matching. haha. Oh ye, waktu nabila tunang pun, dia lah yang jadi tukang make up, tukang amik gambar, Nasiblah dia ada.. 

 

30 September 2020.. 😜💍🐧


Transparent - Ira ni boleh dikatakan transparent, kalau dia tak suka atau nak marah ke, badmood ke, memang akan sangat jelas dekat muka dia. Dulu nabila selalu jugak berasa hati dengan dia, pastu buat silent treatment dekat dia, tak nak bercakap., haha. Tapi bila lama lama dah faham karekter dia memang macam tu, kita raikan je la. haha

Penyayang - Ira ni memang penyayang, kalau dengan Biyyen tu memang dia manjakan habis. Oh dia lah yang rajin layan biyyen, bagi biyyen mandi, apa semua. Kalau nak tidur tu, memang dia buat tuala basah semua (nak bagi biyyen selesa tidur, sejuk nyaman je,sebab bulu dia tebal kan), dia akan make sure biyyen makan kenyang-kenyang dan minum air semua before dia tidur. haha.. sebab tu, bila ira balik ganu, mmg nampak muka biyyen sedih beberapa hari. 

Kawan baik kawan gaduh. lol haha

Sebelum ni before nabila busy kerja di Titiwangsa, pagi-pagi tu kita orang selalu jugak lepak Putrajaya, exercise kononnya. Rindu pulak haha.. leni exercise jogging semua pun ke laut. 

..............................

Dengan ira nabila belajar, untuk mengurus emosi nabila, ada masa tu kita tak perlu nak sensitif sangat, semua benda nak terasa.

So bila nabila tak amik port sangat bila dia badmood tu, nabila boleh perasan lah, yang hubungan kita orang dah makin okay kurang bergaduh.. haha


_____________________________________________________________________

Muhammad Fakrul Aiman - aiman (manja, kuat bekerja)

aiman sekarang umur 18 tahun, beza dengan nabila sembilan tahun. Sekarang ni belajar di asasi pengajian islam di UM, since PKP hari tu, dia jadi rider Foodpanda

Manja - mama kata dalam banyak kakak dia paling manja ngan nabila.. ha ha ntahla kenapa.. mungkin masa kecik nabila selalu buat susu, basuh berak, pakaikan pampers semua kot.. haha.. tapi bolehla manja jugak dia ni dengan nabila. apa apa cari. nak beli tiket ke, pasal pelajaran ke, pasal kawan dia ke, banyak dia bercerita ngan nabila.. yelah kita pun nak manjakan sapa lagi kalau tak dengan adik adik. boleh katakan dia rapat jugak la dengan nabila. Banyak rahsia dia nabila simpan yang adik beradik lain tak tau (haha takdelah banyak, adalah la satu dua) 

Kuat bekerja - dia ni dari zaman sekolah lagi kuat bekerja, kalau dia nak apa apa tu, dia akan berusaha. Masa sekolah asrama dulu, siap buat business amik upah basuh baju member kawan dia. Waktu dia tingkatan 3 lagi, bila cuti sekolah dia kerja kat kedai buku Pustaka Rakyat (tak jauh dari rumah kita orang). Sekarang even tengah belajar lagi pun, jadi rider Foodpanda. Kadang tu nabila membebel jugak dekat dia, dah penat bekerja, memang kelaut lah fokus nak belajar (macam cakap dekat diri sendiri je..haha)


Jan 2019- pic sebelum berangkat pergi Umrah


2018, excuse my burned face, masa ni baru beberapa minggu lepas hiking di Gunung Rinjani, konfiden sangat pergi tak pakai sunblock.


2015 - dalam feri, waktu ni hantar aiman sekolah asrama di Pulau Pangkor. Ingat lagi time ni, bila kita orang nak balik dia selamba je, tapi abah dah nangis dulu 

.........................................

Dari aiman, nabila belajar, untuk nakkan sesuatu tu, kena berusaha. Tapi kena jugak pandai manage masa (which is i have yet to learn)

................................................................

Konklusi...

Dulu-dulu memang selalu bergaduh, biasalah tu kan, tapi bila dah besar masing masing dah matang.,

Tahun 2018, abah eksiden, mama sakit, peristiwa2 ni secara tak langsung uji kami adik beradik. 

Hikmah dari situ hubungan kami makin kuat, saling kuat menguatkan satu sama lain. Setiap adik beradik ada peranan masing- masing. 

So yeah, mereka adalah antara nikmat nikmat yang Allah kurniakan buat nabila di atas dunia ni. 














Monday 2 November 2020

In Good Company

Hi welcome November...

Hari ni first day kerja lepas 2 minggu bercuti (tak ada lah bercuti mana still lagi mengajar malam malam).

So basically, untuk nak ke tempat kerja, nabila amik lebih kurang.. berapa lama ye, tadi bertolak agak lambat, dalam 6.50 pagi, biasalah lama cuti kan, tok teh tok teh,, sampai MRT BTHO dalam jam 7.00 pagi, naik MRT lepas tu tukar LRT and then jalan sikit dalam 13 minit sampai ofis dalam 8.16 pagi. Kira okaylah office hour start jam 8.30. 

Selalu untuk dalam perjalanan naik public transport ni, nabila akan tidur ke, layan perasaan, skrol fb or insta ke, tapi hari ni, since baru beli ear phone baru dekat Mr DIY hari tu, so dengar la, satu podcast by Aiman Azlan and Aida Azlin. 

First time sebenarnya dengar podcast, selalu video youtube gitu je dengar. But nice, not bad, sbb audio je kan, so takdelah makan data yang banyak compared dengan video. Podcast yang nabila dengar hari ni dah lama, since 2018 punya, tajuk In Good Company dalam 50 minit lebih durasi dia. So kira okaylah, elok habis dengar, elok sampai.  

Antara point yang dapat dari podcast tu, 

Hidup adalah pilihan 
We make our own choice, corak kehidupan kita, semuanya bergantung kepada kita, dan kita bertanggungjawab kepada pilihan kita (ni nabila tambah). Yeah, mcm mana pun upbringing kita oleh mak ayah, apa-apa ujian yang Allah bagi, still semua pilihan yang kita buat adalah bergantung kepada diri kita. Do not compared ourselves with others, do not say that life is unfair, do not play the victim etc etc.. 

So nabila cuba reflect, what's exactly I want to achieve in this life, and what's the steps to achieve it..hmm..

Gratitude 
Nak happy dan positif? Banyakkan bersyukur. Matematiknya, the more you count what you don't have, the more unhappy you will be. Fokus kepada apa yang Allah bagi, dapat bernafas, ada family, pasangan, adik beradik, kawan kawan, kerja, makanan, tempat tinggal banyak lagi takkan boleh terkiranya. 

So, start count on the blessing instead of focusing on what you don't have. Banyak orang tak happy sbb diorang fokus kepada apa yang Allah tak bagi. Padahal kita tak tahu, apa yang Allah bagi tu la terbaik buat kita. 

My reflection: yeahh,, tak dapat dinafikan, bila kita duk tengok insta atau fb, atau whatsapp satatus, kita duk compared, syoknya diorang dapat tu, dapat ni, (kadang kadang kalau yg selalu sangat post tu nabila unfollow je, atau tak save balik number diorang haha) 

Self awareness 
Apa ye dalam Bahasa Melayu dia, lebih kepada sedar diri la kan. Like selalu cek diri, kita kan tak boleh judge orang, so kita judge diri kita, betul ke apa yang aku fikir ni, kalau nak marah, kenapa nak marah sangat ni, berbaloi ke nak marah2, kalau sedih, kenapa nak dwell je dalam kesedihan ni, tak kesian dekat diri sendirik ke., mcm tu  la kot kan 

How you think will influence how you feel,
How you feel will influence how you act, 
How you act will become a habit, 
and a habit will become yourself. 

gitu penting,,,mcm mana kita berfikir.. so fikir yang baik baik je ye 

Self talk 
Ni lebih kepada mcm mana kita cakap dekat diri sendiri. Macam contoh bangun bagi tengok cermin cakap "hodohnya org dalam cermin ni, " tak ke yang tu boleh buat kita down, kurang konfiden dan sedih. 

So lepas ni, bangun bagi, depan cermin cakap baik baik dekat diri sendiri mcm contoh "subnaAllah,, cantiknya orang depan cermin ni.."(haha konfiden betul ni), "you can do it", "today will be a great day" dan lain lain lagi yang bagus dan positif untuk diucapkan.

.......................................................................................................................................................
so tu la antara yang sempat nabila dapat pagi tadi, dan dapat jugak wish pesanan pagi untuk terus senyum dan gembirakan org tersayang, gittu 😀🐧


So here, a pic of me, smiling, although the weather outside a little bit gloomy, dengan mata yang agak penat tengok skrin laptop hehe.. Aipp.. alhamdulillah, mujur lagi Allah bagi kerja, bagi lagi laluan/ peluang nak belajar, and bagi a lot of reasons for me to smile everyday 😊😊😊