Hi , welcome back, 😎🐧
So seperti yang dijanjikan hari ni nak cerita pasal my siblings. Well, this is my first time tulis pasal diorang. So here we go...
................................................
Nurul Nadia - Along (garang, sensitif, pemurah)
Along, beza 2 tahun dari nabila. Kerja nurse di CVS. Dia satu satunya dalam famili yang panggil nabila adik. Haha, mungkin sbb beza nabila ngan ira lama, so dia terbiasa terlekat panggil adik sampai sekarang. Yang lain semua dalam femili panggil angah. Cuma biyyen je la panggil meoww.. haha. Dulu masa sekolah selalu jugak bergaduh, ada je yang tak kena. Tapi sejak dia masuk asrama masa dia tingkatan 4 di MRSM Kuantan, lepas tu hubungan kita orang jadi baik sikit. Haha, mungkin sebab jarang jumpa kot. Bila dia balik pun sekejap je waktu cuti, so tak sempat nak bergaduh...haha
Garang- Along ni boleh dikatakan garang jugak, garang macam tiger 🐯, tapi dalam hati dia lembut macam meoww 🐱. Tapi kalau nak dibandingkan, dulu dia lagi garang berbanding sekarang, lebih kepada tegas lah, ke semua anak sulung macam ni ya. haha
Sensitif (hati lembut) - nabila perasan yang along ni walau dia kat luar nampak garang dan tegas, tapi hati dia sensitif dan lembut. Tapi dia takda la menangis depan kita orang. Tapi bila dia menangis tu, nampaklah bengkak je mata. Ada la beberapa benda yang nabila perasaan hati dia sensitif. Macam contoh waktu nak pergi bercuti famili ke Cameron baru ni, abah macam berat nak pergi, dengan alasan sokmo je pergi situ outstation,.Bila abah cakap macam tu dia dah tahan air mata nak menangis pastu masuk dalam toilet. So nabila pujuk la abah balik...
Tapi dalam conversation ni, ada nabila delete, ayat yang kata along menangis,.haha, terus abah kata nak join. Well, kadang-kadang drama air mata pun menjadi jugak kan.. 😁 |
Dengan along, antara yang nabila belajar:
1) Jangan berkira sangat dengan adik beradik dan famili
2) Bila jauh dengan famili, selalu kol tanya khabar mama abah.
Bila tengok album gambar, baru perasan, tak banyak sangat bergambar berdua dengan along, ni gambar tahun 2018 tak silap |
Sept 2020, our first hiking together. tak sangka tahun 2020 ni, along develop hobi baru which is hiking yeayyy.... |
Nurul Nazira - ira (kelakar, fashionista, garang, penyayang)
Umur 22 tahun, sekarang tengah degree law di Unisza. Beza lima tahun dengan nabila. Tapi rasa mcm tak lima tahun sangat pun beza. Kadang rasa dialah kakak. haha.. Sebab dia ni macam matang jugak, kadang ada certain benda dan masalah nabila akan ceritakan dekat dia, dan dia akan bagi solusi dan advise dari perspektif berbeza yang nabila sendiri tak nampak.
Kelakar - Ira ni adik beradik yang paling kelakar. Tapi bila dia buat lawak tu muka dia selamba je. Kira dia ni penyeri rumah la, kalau tak ada dia sunyi rumah.
Fashionista - Antara kami, ira paling up to date bab fashion, kasut dia pun berkotak, belum baju dengan alat make up skin care lagi. Mungkin sebab environment dia dan kawan kawan dia macam tu kut. Berbeza dengan nabila dan along, kami memang failed bab make up ni. Kalau nabila, pandai tempek bedak ngan lipstik je tak nak bagi nampak pucat sangat muka. Celak, eyeshadow apa semua memang failed nak pakai.
Tapi bagus jugak ira advanced bab ni. Kalau nabila n along ada event ke kenduri ke nak pergi mana mana, dialah yang akan jadi advisor tudung mana yang sesuai nak matching-matching. haha. Oh ye, waktu nabila tunang pun, dia lah yang jadi tukang make up, tukang amik gambar, Nasiblah dia ada..
Kawan baik kawan gaduh. lol haha |
Sebelum ni before nabila busy kerja di Titiwangsa, pagi-pagi tu kita orang selalu jugak lepak Putrajaya, exercise kononnya. Rindu pulak haha.. leni exercise jogging semua pun ke laut. |
Muhammad Fakrul Aiman - aiman (manja, kuat bekerja)
aiman sekarang umur 18 tahun, beza dengan nabila sembilan tahun. Sekarang ni belajar di asasi pengajian islam di UM, since PKP hari tu, dia jadi rider Foodpanda
Manja - mama kata dalam banyak kakak dia paling manja ngan nabila.. ha ha ntahla kenapa.. mungkin masa kecik nabila selalu buat susu, basuh berak, pakaikan pampers semua kot.. haha.. tapi bolehla manja jugak dia ni dengan nabila. apa apa cari. nak beli tiket ke, pasal pelajaran ke, pasal kawan dia ke, banyak dia bercerita ngan nabila.. yelah kita pun nak manjakan sapa lagi kalau tak dengan adik adik. boleh katakan dia rapat jugak la dengan nabila. Banyak rahsia dia nabila simpan yang adik beradik lain tak tau (haha takdelah banyak, adalah la satu dua)
Kuat bekerja - dia ni dari zaman sekolah lagi kuat bekerja, kalau dia nak apa apa tu, dia akan berusaha. Masa sekolah asrama dulu, siap buat business amik upah basuh baju member kawan dia. Waktu dia tingkatan 3 lagi, bila cuti sekolah dia kerja kat kedai buku Pustaka Rakyat (tak jauh dari rumah kita orang). Sekarang even tengah belajar lagi pun, jadi rider Foodpanda. Kadang tu nabila membebel jugak dekat dia, dah penat bekerja, memang kelaut lah fokus nak belajar (macam cakap dekat diri sendiri je..haha)
Jan 2019- pic sebelum berangkat pergi Umrah |
2018, excuse my burned face, masa ni baru beberapa minggu lepas hiking di Gunung Rinjani, konfiden sangat pergi tak pakai sunblock. |
2015 - dalam feri, waktu ni hantar aiman sekolah asrama di Pulau Pangkor. Ingat lagi time ni, bila kita orang nak balik dia selamba je, tapi abah dah nangis dulu |
.........................................
Dari aiman, nabila belajar, untuk nakkan sesuatu tu, kena berusaha. Tapi kena jugak pandai manage masa (which is i have yet to learn)
................................................................
Konklusi...
Dulu-dulu memang selalu bergaduh, biasalah tu kan, tapi bila dah besar masing masing dah matang.,
Tahun 2018, abah eksiden, mama sakit, peristiwa2 ni secara tak langsung uji kami adik beradik.
Hikmah dari situ hubungan kami makin kuat, saling kuat menguatkan satu sama lain. Setiap adik beradik ada peranan masing- masing.
So yeah, mereka adalah antara nikmat nikmat yang Allah kurniakan buat nabila di atas dunia ni.
No comments:
Post a Comment