Sunday 20 December 2020

Slot 2: Mahligai Syurga Idaman

Heyya handsome, whatssupp.. 

..................................................................

Forum Mahligai Syurga Idaman
Panel :
1. Puan Rasyidah Arshad
Perunding Keluarga ISMA
2. Tuan Haji Mohamad Nor Sazelim bin Mohamad
Timbalan Pengarah Bahagian Kewangan MARA
Moderator :
Puan Noraniza binti Abdul Rahim
Penolong Pegawai PPD Gombak
“Mencipta Syurga Dalam Rumahtangga”

.........................................................................


Untuk pusingan pertama, mula-mula Pn Rasyidah lontarkan soalan, kenapa nak bernikah atau berumah tangga? Adakah sebab dah suka? berkenan? Tengok kawan semua dah kahwin? Sebab nak cari kawan travel? 

Islam meletakkan satu asas yang penting 

Solat, puasa, haji semua adalah ibadat, bergitu juga dengan pernikahan, juga merupakan satu ibadat. Umur pernikahan amat panjang. Sebab tu kena letak niat betul-betul. Beniat bernikah kerana perintah Allah dan rasul, untuk beribadat kepada Allah. InsyaAllah sepanjang tempoh perkahwinan tu dapat pahala beribadat.

Rumah tangga diibaratkan sebagai sebuat syarikat. Suami isteri adalah pekerja. Pemilik syarikat itu adalah Allah. Masuk syarikat kita kena ikut peraturan. ada SOP, ada cara nak berurusan, ada hak dan tanggungjawab masing masing, ada KPI, semua tu dah ditetapkan oleh pemilik syarikat, iaitu Allah. 

Bila pekerja perform, akan dapat elaun, bonus. Macam tu jugak dengan rumah tangga perkahwinan, kena laksanakan dengan baik, penuh tanggungjawab, Allah akan beri ganjaran dan sebaik balasan di akhirat nanti. 

Yang penting, niat, tujuan, visi dan misi dama perkahwinan kena selari dengan perintah Islam. Kena jugak yakin bahawa rumah tangga adalah asas kepada masyarakat. Jika pincang rumah tangga, pincanglah sesebuah masyarakat. 

Dan yang penting jugak, letakkan niat, rumahtangga adalah medan ibadah kita

..................................................................................

Soalan: Macam mana nak imbangkan rumah tangga dengan kerjaya dan  masyarakat 

Masyarakat 

 1) untuk seimbangkan untuk turun berbakti kepada masyarakat, kena ada mujahadah, bersungguh-sungguh. Jadual hidup memang akan padat. 

Kerjaya

1) kalau nak seimbangkan untuk kerjaya, kena siapkan diri dengan basic skill yang mantap. Pengurusan masa pun penting, so that boleh buat kerja secara optimum. 

2) persiapkan diri dengan interpersonal skill. Politik tempat kerja kena avoid. Kena belajar untuk letting go. Kalau tak, nanti boleh jadi stress. Matlamat kita adalah untuk bekerja secara optimum. Kena pandai delegate tugas, dan tahu priority. 

Keluarga

1)Amalkan gaya hidup yang sederhana. Berbelanja tidak melebihi pendapatan. Pengurusan kewangan sangat penting, kerana masalah kewangan pun bole jadi salah satu punca penceraian.. hidup secara minimalis, 

2) Tak perlu berlumba dengan orang lain. Tengok keutamaan dalam hidup kita. 

3) Setkan KPI dalam famili. Tahun ni nak capai apa, nak khatam quran berapa kali, nak simpan duit berapa banyak, nak bercuti dekat mana, dan lain lain. 

4) Tahu lokasi strategik. Contohnya, nak beli sayur, barang murah dekat mana, nak baiki kereta dekat mana okay. Masuk dalam group kariah, boleh tanya. 

5) Kena bentuk sifat keluarga yang lasak. Isteri at least ada lesen memandu. boleh berdikari if anything happened. 

..............................................

Soalan: Dalam rumahtangga perlu ada banyak toleransi. Bagaimana nak bertoleransi dengan pasangan? 

Kena belajar conflic management 

1) Bersedia untuk buat perubahan

2) Sentiasa ingat akan ada cabaran dalam rumah tangga, syaitan akan selalu ganggu (sebab kita dah niat nak buat ibadah) 

3) Buat penyesuaian. Jangan rigid sangat. Jangan berpegang teguh sangat dengan pendirian kita. Setiap orang ada cara didikan dan cara dibesarkan berbeza. Raikan semua. 

................................................

Soalan : mengenai komitmen pasangan untuk turun kepada masyarakat, kesedaran pasangan muda mudi untuk turun ke masyarakat semakin kurang. Contohnya dekat masjid, banyak golongan pencen je yang turun. Keperluan golongan muda untuk turun NGO? 

1) hidup ni, hitam putih tak menarik. Apa kepentingan duduk NGO? untuk amar maaruf nahi munkar. Ada certain perkara, kita tak boleh buat sorang, kena buat secara bermasayarakat. 

2) Ada banyak perkara yang kita dapat jika kita join persatuan. Antaranya, dapat kemahiran, yang boleh kita guna untuk kerjaya kita. Contohnya, kemahiran handle program, cara nak bertolerasi, dan sebagainya. 

3) Kita juga dapat networking yang luas, sebab akan jumpa ramai orang dalam persatuan. 

Sejauh mana suami isteri perlu terlibat dengan aktiviti berpersatuan? Bila dua-dua suami isteri terlibat persatuan, lagi mudah, pergilah sejauh mana, as long as ada kesimbangan antara famili, masyarakat dan kerjaya.Sapa lagi nak bantu masyarakat selain daripada kita. 

Macam mana nak pilih persatuan yang bagus untuk join? Pilih persatuan yang berdaftar dengan kerajaan, tengok undang undang persatuan bercanggah tak dengan undang-undang negara kita, tengok siapa ahli-ahli persatuan kita, tengok fikrah dan sebagainya. 

.......................................................

Soalan: Hari ini, trend perkahwinan jarak jauh. Seorang di utara, seorang di selatan. Adakah ia suatu keluarga yang sihat?  PJJ sampai dah anak pinak? 

5 tahun awal perkahwinan sangan crucial. Penceraian banyak berlaku kepada perkahwinan yang masih lagi tempoh usia 5 tahun ke bawah. Sebab  masa ni, tempoh baru nak berkenalan. nak buat adjustment. Walau dah kenal lama, tapi dalam rumah tangga akan totally different. Komunikasi yang berkesan jugak penting. 

Kadang- kadang terpaksa jugak PJJ, contohnya guru-guru atau doktor-doktor yang kena posting jauh. Nak buat macam mana? 

1) Usaha sebaik mungkin untuk tinggal serumah, kalau boleh salah sorang pindah kerja ke

2) kalau terpaksa PJJ jugak, sentiasa berhubung setiap hari, buat video call ke, hantar gambar sekerap mungkin, so that dapat bina kepercayaan, dan beri ketenangan kepada pasangan. Call selalu, sebab suara boleh beri kententeraman kepada pasangan 

3) sekali sekala orderkan grab food ke, tanda kita ingat pada pasangan 

4) banyakkan berdoa

.............................................................................

soalan: Pasangan yang selesa tinggal di rumah ibu bapa. Okay ke pasangan muda tinggal di rumah mak mertua?

Ada keadaan, kadang terpaksa tinggal bersama dengan keluarga mertua. Kena tengok jugak psikologi isteri, sama ada isteri selesa atau tidak, nak jaga aurat apa semua lagi,. Jika mampu, keluarlah. 

Kadang-kadang bila duduk dengan keluarga mertua, ibu dan ayah mertua kena selalu sediakan makanan lebih. 

Pada masa yang sama, isteri pun kena la bantu-bantu uruskan rumah. Jangan tidur makan je di rumah mak mertua. 

........................................................

soalan: isteri kadang ada serabut, stress, nak uruskan pekerjaan, keluarga dan sebagainya. Apa tips serorang wanita untuk uruskan emosi, untuk jadi wanita yang tenang dan baik? 

Allah jadikan kaum hawa lebih emosi berbanding lelaki, untuk mengandung, melahirkan anak, menyusukan anak, semua tu memerlukan wanita untuk ada bank emosi lebih daripada lelaki. 

Stress ni sebanarnya bagus, kalau takde stress, hidup akan berada dalam keadaan stagnant sahaja, yang penting ialah pengurusan stress. 

Antara tips pengurusan stress

1) Suami kena jadi pendengar. Kadang bila dah meluahkan boleh hilang stress isteri. Tak bagi solusi pun takpa. cukup jadi pendengar. 

2) moning walk. 

3) pengurusan rumah tangga. Kalau penat sangat, tak larat masak, order grab food saje.. 

4) me time, jumpa kawan kawan ke dan sebagainya 

Kalau emosi isteri baik, isteri akan bahagia, tak perlu rumah besar dan lain-lain. 

.................................

soalan: kalau pasangan anak emak, suami tak pandai buat keputusan, ikup cakap emak sahaja, isteri rasa tak wujud, Kalau anak emak adalah isteri, suami akan rasa diabaikan. Macam mana nak cari titik tengah? 

Sebalum kahwin, buat analisis, pasangan kita anak emak atau pun tidak. Jika ya, kena start preparekan diri. 

Keputusan- keputusan besar dalam rumah tangga, nak beli rumah, kereta, percutian, balik raya, kena runding bersama antara suami dan isteri. Kalau dah buntu sangat, ada masalah, boleh minta nasihat orang ketiga, contohnya, cikgu-cikgu atau ustaz-ustaz yang baik, kawan-kawan yang baik. Dengan syarat diorang mestilah orang yang boleh dipercayai. takut nanti jadi membawang pulak. 

Jangan bersaing. Isteri jangan bersaing dengan mak mertua. Contohnya, mak suruh balik weekend, isteri pun nak bersaing, masa tu la nak pergi bercuti ke apa, konflik akan jadi lebih besar. 

Tiada istilah tersepit, yang ada adalah adalah untuk buat pilihan mengikut keutamaan. 

...........................................................

soalan; Bagaimana seorang menantu nak jaga hati mak mertua, macam mana nak beli hati.? 

Setiap family memang unik. Ada different value. Kita kena ada sifat terbuka. Antara cara boleh buat. 

1) Selalu ziarah, dalam tempoh pertunangan pun once in a while, boleh datang untuk ziarah. 

2) Kalau tak pandai masak, boleh tanya mak mertua

3) Selalu berhubung atau tanya khabar whatsupp 

4) jangan terlalu rigid


.................................................

Soalan, macam mana dengan suami yang teragak, tak boleh nak buat keputusan, tak boleh nak memimpin? 

Isteri perlu bagi peluang kepada suami untuk buat keputusan. Sentiasa minta pandangan suami. Contoh, pemilihan sekolah anak-anak dan lain lain. 

Kalau suami masih susah nak buat keputusan, isteri kena bantu untuk beri justifikasi, kalau pilih yg ni akan jadi macam ni dan mcm ni, kena bagi option-option, tapi yang buat keputusan adalah suami. 

.................................................

soalan: ada ipar duai/ mak sedara  yang lebih. "Isteri kau tak pandai mengemas rumah ke" - macam mana nak berinteraksi kalau berlaku situasi macam ni..?

Kita berkahwin kena terima whole package. Kalau ada yang tak berapa sesuai, anggap itu sebagai cabaran

kalau ada event family, majlis ke apa ke, berusaha hadir. 

................................................

soalan: bagaimana nak melepasi cabaran dan onak duri dalam dalam perkahwinan?

1) Komunikasi dan kepercayaan - jangan ada rahsia suami dan isteri, password semua tak perlu nak berahsia, if anything happened senang nak urus

2) Jaga hubungan dengan Allah  

3) Mintak doa dari orang sekeliling, moga perkahwinan diberkati. Kita tak tau sapa yang doanya Allah makbulkan tanpa hijab. 

----------------

QNA Session... wuhuuu

 QNA 1: taat pada suami adalah satu satu jalan untuk isteri ke syurga. Tips bagaimana nak minta isteri taat/ patuh pada suami. 

Pengaruh. Seorang suami kena mempengaruhi isteri. Suami kena bagi qudwah yang baik. Contoh, suami nak suruh isteri berjimat cermat, suami dulu kena berjimat isteri. Suami nak suruh isteri rajin baca quran dan solat, suami dulu kena buat. Sebab kepimpinan melalui tauladan, sebab tu, suami kena tunjukkan qudwah yang baik. 

QNA 2: Bagaimana nak timbuk rasa mak mertua sama macam mak sendiri

Usaha untuk timbulkan rasa titik suka dan kasih sayang. Uruskan emosi dengan baik. belapang dada, kena opened. 

QNA 3: Komen pasal me time 

Isteri kadang-kadang perlu me time, untuk bantuk urus emosi. Ada orang me time dia solat, keluar mana mana. Kadang orang lelaki pun perlukan me time. Boleh as long as tidak mengabaikan tanggungjawab. 

QNA 4: Isteri selalu merungut suami asyik duk join NGO, aktiviti berpersatuan, apa tips?

Ajak isteri join sekali aktiviti bepersatuan. Atau bagi peluang isteri pulak join apa apa aktiviti, suami amik turn jaga anak.

Atau sebelum keluar tu, dah tolong isteri, basuh bilik air ke, apa ke, mentioned kat isteri kata saya dah bantu sekian, sekian. 

QNA 5 : Bagaimana nak uruskan dengan keluarga mertua? 

Kena terima teguran dan berlapang dada. Pengurusan emosi sangat penting. Put effort untuk berbaik dengan mak mertua, ipar duai dan sebagainya. Kena amik hati. Buat apa yang suka, tinggalkan apa yang tak suka. 

................................

Last pesanan- konklusi 

1) Untuk bina syurga idama, contohi sejarah kisah Nabi Ibrahim As

2) Jangan kata no kepada perintah Allah SWT. Patuh perintah Allah tanpa apa-apa alasan

3) Penghormatan kepada semua kena berikan 

4) Komunikasi berkesan 

5) Enjoy marriage. Raikan semua keluarga suami, isteri dan anak2..





No comments:

Post a Comment