Sunday 20 December 2020

Slot 1 : Bahagia, Bukan Mesti Kaya

Hai.. ni slot pertama semalam... 

.............................................

Penceramah : Encik Mohd Zuraidi bin Zakaria (Ketua Jabatan Modal Insan, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK))

Moderator : Puan Nor Akhmar bt Monomiah ,Guru

............................................

Soalan apakah isu dan cabaran kewangan untuk pasangan yang baru melangkah ke alam rumah tangga?  bagaimana untuk uruskan kewangan?  

Kita kena melihat apakah matlamat setiap individu untuk berkahwin, bila jelas, barulah dapat bina rumah tangga yang bahagia. Iaitu, untuk membina rumahtangga mawaddah, rahmah dan sakinah. Mungkin takde penuh kesempurnaan, tapi at least mampu bina rumahtangga yang menuju ke arah kesempurnaan.

Statistik menunjukkan, antara punca peceraian ialah masalah kewangan. 17,359 kes penceraian berpunca dari masalah kewangan.


Dengan menguruskan pendapatan dan pembelanjaan, kita dapat bina rumah tangga yang tenang. Di sini persefahaman antara kedua pihak sangat memainkan peranan yang penting. Untuk menjamin kebahagian bukanlah mempunyai wang yang banyak, tetapi merancang kewangan dengan baik

1) Perlu senaraikan dan rancang pembelajaan. 


Perlu untuk setiap bulan, simpan setiap kali gaji sekurangnya 10 % daripada pendapatan. Cara terbaik menyimpan ialah dengan terus membuat potongan. Boleh simpan di tabung haji, koperasi dan sebagainya. 

30% untuk bayar ansuran/ bayar sewa rumah, 15% pinjaman, contoh pinjaman kereta, 5% perlindungan, 10 % untiliti, 25 % barangan runcit atau makanan. Adapun ini adalah cadangan pembelanjaan. Boleh berbincang lagi. Yang penting merancang pembelanjaan, agar kita tidak berbelanja lebih daripada pendapatan. 


Untuk pendapatan ada 2 kategori. Pendapatan aktif dan pendapatan pasif. Pendapatan aktif bila kita dapat gaji tetap setiap hujung bulan. Pendapatan pasif, contohnya jadi youtuber, sewakan rumah dan sebagainya. 

Untuk pembelanjaan ada 3, pembelanjaan tetap, pembelanjaan boleh berubah, pembelanjaan budi bicara. Contoh pembelanjaan tetap, bayaran installament bank setiap bulan. Pembelanjaan yang boleh ubah, contohnya pembelanjaan makanan, barang dapur. Yg ni kita boleh adjust dan boleh managed. Contoh kalau bulan ni banyak makan luar, kira meningkat la sikit pembelanjaan. Kalau banyak masak, bawak bekal, bolehla jimat sikit. 

Pembelanjaan budi bicara ialah pembelanjaan yang tak belanja pun tak apa. Contohnya, pergi bercuti. 

Apa yang penting pasal pembelanjaan ini, ialah perbincangan dan persepakatan antara suami dan isteri, 

.....................

Wang bukanlah segalanya. Tapi kebanyakan urusan perlukan wang. Sebab tu lah dari awal perkahwinan kena berbincang suami dan isteri. Ada tu, mumgkin pendapatan suami kurang berbanding isteri. Isteri boleh membenarkan untuk guna duitnya. Yang penting adalah perbincangan. 

....................

2) kena ada target dan matlamat. 

Penting dalam rumah tangga untuk letakkan target dan matlamat mengikut kemampuan. Contoh lepas 2 tahun kahwin nak beli kereta ke, lepas 3 tahun beli kereta nak beli rumah ke. Kena jugak merancang untuk pendidikan anak-anak, perancangan untuk bersara, nak pergi haji dan sebagainya. Jika kita tidak merancang, hari-hari akan berlalu bergitu sahaja.

Lepas dah set matlamat, kena rancang pendapatan dan pembelanjaan. Kena analisa kos. Contohnya, rancang kat mana nak sewa, either tengah bandar, atau pinggir bandar. Penting jugak antara suami isteri untuk give and take. 

...................... 

3)  kena pastikan ada simpanan. 

Penting untuk simpan sebelum berbelanja. Satu hari seringgit pun tak pa. Duit syiling jangan dibiarkan. Kumpul dalam satu tabung. Kena menyimpan walaupun dengan duit biru shj. 

..............................

Soalan: Kita perlu buat pinjaman. Tips untuk menjadikan pinjaman bukan benda yang berat. Macam mana nak uruskan pinjaman. 

Kita sebagai manusia, kita ada unlimited wants, tapi limited resources. Ada ketika perlu untuk meminjam. Tapi yang disarankankan adalah pinjaman untuk tujuan produktif. Macam rumah atau kereta. 


Andai kata kita tak mampu nak bayar hutang. Contohnya kita dibuang kerja.kita boleh: 

1) berundimg dengan bank untuk menurunkan kadar ansuran bulanan lebih rendah. Contohnya, RM 1000 sebulan diturunkan ke RM 700 sebulan. 

2) boleh rujuk AKPK. Pihak mereka boleh bantu untuk kita penstrukturan semula pembelanjaan kita, dan bantu mcm mana nk cari jalan. 

3) bila berhutang, tulis dan simpan rekod, dengan siapa kita berhutang, amount2 hutang. 

4) kalau buat pinjaman bank, boleh amik yang takaful punya. Incased ada berlaku apa-apa, Takaful boleh bayar. Tidaklah hutang ditinggalkan kepada isteri dan anak-anak. 


__________________________________

Soalan QNA 

Soalan 1: Mana yang perlu diutamakan? beli kenderaan? beli rumah? Pendidikan anak-anak?

Semuanya bergantung kepada matlamat dan prioriti masing masing. Keutamaan keluarga masing-masing adalah tidak sama. 

Kalau macam untuk anak-anak, ada plan pelaburan pendidikan anak-anak, serendah RM 50 sebulan. Bila anak-anak dapat duit raya pun boleh simpan. Kena ajar anak-anak apa keutamaan. 

Jangan mudah dengan pengaruh media social. Tengok ada jual periuk baru la, strika baru, kain lap la. Tengok sama ada itu adalah keutamaan atau pun tidak. Sebab tu penting untuk kita letak aim.. Bila ada aim, contoh nak pergi haji before 40 tahun. at least kita boleh tahan diri daripada membeli benda-benda yang bukan keutamaan. 

____________________________________

Soalan 2 : Duit isteri duit isteri. Duit suami pun duit isteri? Boleh ke suami letak autoriti untuk isteri tak berbelanja sesuka hati? Boleh ke suami kawal isteri ? 

Suami kena didik untuk memahamkan isteri, Kena rancang untuk sama-sama bina rumah tangga dengan baik. Secara hukumnya nafkah ditanggung oleh suami. Tapi boleh berbincang. Jika isteri mengizinkan dan mengahalalkan untuk sama sama membantu. Buat allocation. 

Bila jelas matlamat rumah tangga, adakah isteri sanggup biarkan suami menderita macam zombie. Isteri boleh bantu ringankan suami

____________________________

Soalan 3: Sedekah. Perlu tak merancang atau bagi 

Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Kena letak allocation untuk sedekah atau infaq dalam peracangan kewangan kita. Jangan kedekut. 

____________________________

Soalan 4: Penggunaan kad kredit. Boleh tak nak guna

Pinjaman kad kredit adalah antara yang paling tinggi interestnya. Kena lihat penggunaan kad kredit sebagai alternatif tunai. Bukan untuk berhutang. Kalau guna, mesti kena dispin untuk bayar setiap hujung bulan. Kalau tak, nanti akan ada compounding interest. 

____________________________

Soalan 5 : Skim pelaburan yang Shariah Compliance. Mana tempat yang terbaik? Unit trust/pelaburan emas/ amanah? 

Kalau ada tunai yang banyak. Bergantung pada kita sama ada boleh amik risiko atau tidak. Kalau nak untung sahaja, low risk, low return. Kalau bersedia amik risiko, high return. Kita boleh datang ke AKPK untuk dapatkan lagi penerangan lebih jelas. Mereka sentiasa mengalukan. 

_____________________________

Pesanan akhir 

Kembali kepada perbincangan. Bahagia itu atas diri kita, bukan sebab duit banyak ke apa. Yg penting ialah macam mana kita menguruskan kehidupan, pendapatan,rumah tangga, anak isteri secara keseluruhan. Bila urus dengan baik, dari situlah jalan untuk dapat bahagia, rumah tangga yang mawaddah, sakinah dan rahmah. 



No comments:

Post a Comment