Monday, 31 August 2020

30 Ogos 2020

Alhamdulillah ala kulli hal,

Simpan sini gambar dan kenangan, satu hari nanti boleh tengok balik. Berani post sini sbb tau, takde sapa sangat yg akan baca 😂. 

Untuk setiap urusan selepas ini, moga Allah terus bantu setiap satunya. 

Dengan rahmatMu kami memohon pertolongan, 

Perbaikilah untuk kami, urusan kami semuanya,

Dan janganlah Engkau serahkan kami kepada diri kami walau sekelip mata .



Bersama family yang menjadi tulang belakan majlis
Bersama famili yang menjadi tulang belakang majlis 


Tak mintak banyak, moga Allah terus pelihara 

Sebelum majlis, aiman selalu tanya apa perasaan nak bertunang, jawab takda rasa apa lagi, tapi bila nak bagi jari untuk sarung cincin, baru rasa nervous menggigil tangan lol 😂



Rombongan balik sambung photoshoot luar rumah



💖







Friday, 21 August 2020

Belief in Allah

Tengah baca satu buku tajuk Unbreakable by Aiman Azlan 

Ada satu part tu pasal Belief in Allah. Persoalan yg dilontarkan penulis dirasakan agak menarik dan perlu untuk kita fikirkan..

  • How do you understand Allah in terms of His Perfect Names and Attributes? 
  • How do you understand Allah in terms of your life experience, both good and bad?
  • How do you understand Allah in all aspects of your life? 



Thursday, 20 August 2020

1 Muharam 1442

Selamat tahun baru semuanya. Moga tahun baru 1442 Hijrah ini, Allah terus lindungi diri kita semua daripada perkara-perkara yang tidak baik dan moga kita terus berada di bawah lembayung rahmatNya. 

Cakap pasal tahun baru mesti kena ada azam kan. Apa azam kalian untuk tahun baru ni? Semalam dalam kelas pun nabila pesan dalam pada anak murid, untuk listkan apa azam untuk tahun baru ni. Cakap pasal azam, dulu tahun 1439 Hijrah, siap ada tulis azam ni tempek dekat dinding bagi tiap tiap hari nampak. Lol. 

Ditulis pada 6 Muharam 1439/ 2

Kalau ikutkan ada lagi yg tak tercapai dari azam yg lepas. Kadang okay jugak bila kita tulis n snap, jadi reminder balik pada kita. Dekat notes bawah tu ada tulis 'Tak salah bercita-cita, yang penting kena ada usaha' . Duhshhh... kena balik pada diri sendiri. So tahun ni kita pasang lagi cita-cita dan kita usahakan untuk capai cita cita tu ye. Allah bantu aminn.

Ada nabila dah listkan sikit-sikit apa yg nak capai tahun ni, so nanti tahun2 akan datang bila baca balik, akan jadi reminder untuk diri sendiri. 

Antara azam- azam tahun baru 1442 Hijrah ni:

  1. Nak jadi seorang Muslimah yg lebih baik, bertaqwa, tinggalkan apa yg Allah larang, buat apa yg Allah suruh. 
  2. Dapat dalami Al Quran dengan lebih baik. Nak belajar tadabbur Quran. Nak faham Al Quran, Allah Mustaan.
  3. Nak memaknai kehidupan.
tapi kadang ada terpikir jugak, semua pasal diri sendiri kan, 😂 Pastu ada jumpa gambar ni 


"berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam)" . Dushhh lagi kali kedua. 

Bilanya nabila nak mula berazam, nak guna kudrat dan apa yg ada untuk (untuk membela dan menegakkan Islam)? Sejauh mana ilmu, yg ada digunakan untuk jalan ni? Hmm.. something to ponder.
So kena masukkan azam ke-4. 

    4. Untuk manfaatkan diri ini untuk ummah. Amin ya Rabb. Moga Allah bantu dan buka jalan



Wednesday, 12 August 2020

Hikmah

Assalamuaalaikum, lama berzaman tak menulis dekat sini kan.
Alhamdulillah ala kulli hal, moga kita semua sentiasa berada di bawah lembayung rahmatNya.

Pagi ni macam biasa mama ajak pergi jogging. Takda la jogging mana, lebih pada jalan2 exercise sambil tengok pokok-pokok hijau. Sebabnya bila mama pergi exercise, mama boleh rasa badan lebih ringan, nak bergerak mudah sikit, nak solat pun rasa ringat sikit. Boleh nampak beza bila pergi jogging dengan tak. 

Alkisahnya, bila tengah buat senaman, sembang-sembang dengan mama;

Nabila: mama, apa hikmah terbesar yg mama dah nampak sepanjang mama sakit?

Mama : mama selalu ingat Allah, mama selalu ingat mati. Ada tu mama fikir, kalau tak sembuh sepenuhnya pun takpa, bila ada rasa sakit, mama akan selalu ingat Allah, ingat mati.

Ringkas je jawapan mama, tapi subhanAllah, Nabila rasa terkesan sangat. Alhamdulillah syukur, sesungguhnya itu ialah sebesar- besar hikmah. 

Sentiasa pesan pada diri. setiap ujian yg Allah hadiahkan pada kita, mesti ada hikmahNya. Kadang kita tak nampak, tapi percayalah bila kita tengok balik, dan renung kembali, akan tersingkap 1001 hikmah. 

Dan hikmah terbesar yang boleh kita dapat, ialah apabila ujian tersebut dapat membawa diri kita lebih dekat pada Allah. 💓





Friday, 29 December 2017

Azam 2018 dan mendatang

Okay hari ini hari Jumaat yang terakhir bagi tahun 2017

Dah ramai yang duk pakat post azam 2018 masing masing

Kalau nabila sendiri pun ada panjang list yg nak buat untuk 2018

Tapi sebenarnya terlupa satu azam ni. 

Berazam untuk tahun nie lebih kenal Dia, agar lebih rindu pada Dia, dan lebih cinta pada Dia 
sebab orang kata tak kenal maka tak cinta kan?

lebih indah jika apa yang nabila tengah buat sekarang, thesis contohnya, dapat buat nabila lebih kenal pada Dia, pergi hiking atau travel contoh yang lain, dapat jugak lebih kenal Dia.. kiranya semua benda la.. semua dapat jadikan nabila lebih kenal pada Dia

doakan ya.. nabila pun doakan.. sesiapa yang baca ni akan dapat lebih kenal Dia.. sebab kepada Dia kita kembalikan ? ツ




Sunday, 10 December 2017

Kematian itu dekat

Malam ni dapat berita sedih daripada seorang sahabat.

Bondanya telah kembali ke rahmatullah.

Hari tu sempat melawat di ICU. Sakitnya tiba-tiba, peningnya tak lama, kemudian terus collapse dan koma.

Membuatkan nabila tersentak, boleh jadi perkara yang sama berlaku pada ibu bapa sendiri.

Tak sempat nak minta maaf, tak sempat nak membalas jasa kerana ingin gapai cita-cita dunia, tak sempat nak berbakti terus, Allah dah tarik nyawa mereka

Lantas, jika sayangkan mereka katakan sayang, jika ada buat salah pada mereka ucapkan maaf, jika ada masa pulanglah jenguk mereka dan bertanya khabar 

Kerana kematian itu dekat. Bila-bila masa mereka akan kembali ke pangkuan yg Esa

إنا لله وإنا إليه راجعون..
اللهم اغفرلها وارحمها وعافها واعف عنها




Trip CBL

Teringat sikit je, waktu pergi trip hiking dan camping ke Chemerong Langsir Berembun  dengan Hikers Slumber Community hujung Oktober lalu.

Makanan- makanan sedap, view- view yang sangat indah, line up yang sekepala je semua, lantas nikmat mana lagi yang mahu dustakan, hehe

Biarlah hanya gambar yang berbicara

Air Terjun Chemerong. Indahkan. Kalau duduk sini berejam sambil tengok keindahan dia pun takpe. Tapi tak boleh berlama sebab perlu gerak ke kem pula or else malam baru sampai

Dekat bawah tu Sungai Bangan. Sangat jernih dan agak dalam jugak, Nabila tak menyelam pun time ni. Tengok kawan kawan je pun dah cukup. Untuk keselamatan HSC dah siap2 bawakan jaket keselamatan. Baguih kan depa ni

Sikit lagi ayuhh
Nama kakak ni kak tikah,, orangnya kecik molek, ramah dan penyayang gitu. Dan akk ni sangat pagai jaga roti tu hinggalah sampai ke kem site. Tak terpenyek, jadi elok je. Kalau nabila punya sampai dah nak terkoyak plastik roti.


Jeram Lesung ni tak  jauh pun dari Kem Langsir. Dekat sini kalau nak berendam memang syok. Air pun sangat jernih. Boleh buat kuak lentang kuak kupu kupu dan sebagainya

Solatlah di mana mana

Pagi dari Kem Langir diindahkan dengan awan karpet. Love in the air gitu

Muka eksaited dah sampai Gunung Berembun #teamLadiesHSC

Nak pergi amik air je padahal. Tapi sebab view dekat sini lawa sangat. Kalau buat photoshoot konvo ke kahwin ke lawaa sangat.