![]() |
| Tengah duk menulis kat sini, mama panggil dari bawah (dengar kat tingkap) untuk tgk bunga dia, indahkan 💖 |
Tuesday, 24 November 2020
My Journey
Friday, 20 November 2020
Why
Terbanyak pulak post malam ni kan. Alkisahnya tadi terminum kopi, tapi nak tidur dah ni, just nak clearkan apa yang ada dekat kepala, sebelum betul2 clear, tulis dulu dekat sini.
_______________________________________________
Why
Latih diri untuk sentiasa persoalkan WHY (kenapa)
Selalunya kita dari dulu belajar WHAT (apa) dan HOW (bagaimana)
Contohnya kita belajar Sains, kita belajar macam-macam fakta, tentang proses-proses, semuanya melibatkan WHAT and HOW. Tapi pernah tak kita terpikir WHY ? Kenapa aku kena belajar Sains ni ye? untuk dapat A exam? Lepas dapat A jadi apa? Lupa dah apa belajar (contohnya nabila la tu )
Instead, sepatutnya (yang dulu nabila tak buat) untuk pasakkan, nak belajar sains untuk lebih kenal Allah. Yeah, kita kan belajar pasal badan manusia, haiwan, tumbuhan semua tu kan melibatkan ciptaan Allah. Macam contoh kita belajar pasal proses pernafasan, jantung, kemandirian spesies. Kita akan tengok bertapa Allah ya Maha Latif, sangat lembut sangat halus ciptaanNya. Tapi dulu tak terpikir. duk pikir nak dapat A je. Pastu dah lupa apa belajar.. 😭
konklusi dia ialah untuk selalu tanya WHY dalam kita membuat sesuatu
Kenapa nak kerja
Kenapa nak belajar
Kenapa nak kahwin
Kenapa aku diuji
Kenapa aku buat keputusan macam ni
Kenapa kena baca al-Quran
Kenapa macam tu , kenapa macam ni
___________________________________________________________________
Dan kenapa itu merujuk kepada niat kita. Sesungguhnya setiap amal bergantung kepada niat. Set minda, niat semuanya kerana Allah. Walau susah kita cuba ye. Sebab Allah melihat setiap usaha-usaha kecil kita
![]() |
| Sempatlah merasa jadi cikgu sekolah dalam 2 bulan lebih. Salute dengan cikgu2 dekat luar sana. |
![]() |
| Kelas Sains Tingkatan 2 |
Male emperor penguins are good dads
Post ni nabila simpan dekat sticky notes di laptop since 27 Februari 2020 lagi, time ni ajar darjah 5 bab Kemandirian Spesies Haiwan. Hajat nak buat satu status dekat insta pasal ni dulu2. tapi tak tersempat nak olah karangan sampai la sekarang, haha. So tempek dekat sini dulu la..
________________________________________________________________________
During the summer in the Southern Hemisphere – from about December to February – emperor penguins in Antarctica are at sea fattening up on squid, fish, and krill. As autumn approaches in March, the emperors leave the water and begin a long trek to one of several breeding colonies. The breeding cycle begins around now – the month of April, autumn in Antarctica – when penguins mate on the reforming sea ice. Each female produces a single egg. She transfers the egg to her mate, then leaves to spend winter in the open ocean.
During Antarctica’s winter – a frigid night four months long – male emperor penguins huddle by the hundreds in the snow. The male penguins guard the eggs and keep them warm. Each male penguin puts his egg on his feet. He covers it with a fold of skin. In this way, he keeps it warm at about 100 degrees Fahrenheit (38 degrees Celsius) while the outside temperatures can drop well below -30 degrees F (?35 degrees C).
For 65 days, each bird incubates an egg, huddled in large colonies with only feathers, fat, and each other to stay warm. The eggs may begin to hatch in July, but the male penguins’ winter vigil won’t end until around August when the sun peeks over the horizon.
By the time the female returns, sleek and full of food, the male may have lost 45 percent of his body weight. Ravenously hungry, he leaves to feed at sea. The offspring grow rapidly in summer when food at sea is plentiful. By December, the chicks are on their own.
Five years from now, if they survive in their ocean home, the young penguins will return to become parents themselves.
_________________________________________________________________________
Konklusi boleh kita buat, bila kita renung kejadian Allah, tak kisah haiwan atau tumbuhan, banyak pengajaran yg boleh kita amik. Sangat hebat semuanya ciptaan Allah. Macam penguin ni, kalau tengok video dekat youtube pun banyak yang kita boleh amik, antaranya komunikasi dalam hubungan, bertanggungjawab, jaga keluarga dan banyak lagi boleh kita tengok.
*artikel dipetik daripada http://lisaandherworld-lisah.blogspot.com/2019/04/male-emperor-penguins-are-good-dads.html
Thursday, 19 November 2020
8 cara untuk bahagia
Assalamuaalaikum, hai apa khabar, untuk minggu ni nabila nak share pasal 8 cara untuk bahagia. Bahagia, siapa tak nak kan.. semua orang nak, so jom kita check apa 8 cara tu, btw yang ni nabila dapat dari dengar2 fb live Selamat Pagi Malaysia siang tadi, diorang jemput Prof Dr. Muhaya untuk kupas tajuk Carta Kebahagian.
1. Ada tujuan/ misi kehidupan
Kena jelas ni, dalam hidup ni apa yang kita nak capai. Bila kita tahu apa yang nak, automatik kita akan rasa semangat untuk lalui kehidupan seharian. Orang yang jelas dengan tujuan hidup dia akan bangun awal setiap pagi, sebab semangat nak capai tujuan dan misi diorang. So, kalau macam nabila kadang terlewat sikit bangun tu, kena cek balik tu tujuan/ misi hidup.
2. Mempunyai social connection yang tinggi
Yang ni kira macam ada silaturahim yang baik dengan orang sekeliling atau jiran- jiran atau geng-geng surau atau ada join NGO. Kajian menunjukkan, jika kita ada social connection yang tinggi atau baik, dapat membantu kita untuk lebih bahagia gitu. Mungkin cara yang lain untuk saling bertanya khabar kawan-kawan, sedara mara yang di kejauhan sama.
3. Sihat (ambil makanan yang sihat, suka senaman)
Okay bab ni kadang mencabar jugak sikit. Sebab lately nabila agak banyak makan fast food dengan kaffein. Fuhh,, nak kurangkan tu mencabarnya. Kena ganti dengan buah-buahan dan sayur-sayur ni, huhu. Untuk senaman pun, hujung minggu or cuti je la dapat. Ada kajian mengatakan kalau kita senaman, buat aktiviti akan mengeluarkan horman yang baik, yang boleh buat kita happy gitu.
4. Count the blessing
Ni kiranya kena bersyukur. Jangan kita duk kira apa yang kita tak ada. Tapi kira apa yang kita ada, yang Allah kurniakan.. tak terkira kan. Lagi bagus tiap-tiap hari kita buat journal tulis apa nikmat yang Allah kurniakan pada hari tu. Bila kita count the blessing ni, nak rasa sedih atau down pun tak sempat.
5. Menikmati masa
Kalau yang ni apa yang nabila paham dari explanation Prof Muhaya, lebih pada nikmati setiap masa yang kita ada. Macam contoh yang Prof bagi, kalau anak umur 2 tahun suruh tengok apa yang dia lukiskan, so sebagai mak, jangan la kita duk kata busy atau sibuk dengan phone. kita nikmati masa dengan anak tu. Macam contoh lain, nikmati our sweet time, tngok alam, tengok pokok, tengok langit.
6. Tolong orang lain
Yep. ada orang bila dia tolong orang lain, mudahkan urusan orang kita akan rasa bahagia. Kalau mcm org yang tengah depressed mungkin boleh tolong orang lain, untuk kurangkan rasa depressed tu. Sebab bila kita beri kebahagian kepada orang lain. nanti kita pun akan dapat kebahagian.
7. Optimis
Optimis ni nabila tengok dalam kamus online maksud dia; selalu mempunyai harapan yang baik dalam sesuatu hal. Lawan dia ialah pesimis. Maksud pesimis pula; mudah kecewa, mudah berputus asa.
Contoh ayat-ayat pesimis yang kita ungkapkan : Kejap lagi, susah la, tengoklah nanti ( ni Prof Muhaya yang bagi contoh)
8. Penambah baikkan diri
yg nabila faham dari sini, selalu cuba untuk improvekan diri. belajar sokmo, cari ilmu, masuk kelas kelas, masuk circle yang baik, pilih makanan yang baik. dan semua yang baik baik la untuk diri sendiri.. gittu
![]() |
| Kadang tengok pokok berbunga pun dah bahagia |
Friday, 6 November 2020
Siblings
Hi , welcome back, 😎🐧
So seperti yang dijanjikan hari ni nak cerita pasal my siblings. Well, this is my first time tulis pasal diorang. So here we go...
................................................
Nurul Nadia - Along (garang, sensitif, pemurah)
Along, beza 2 tahun dari nabila. Kerja nurse di CVS. Dia satu satunya dalam famili yang panggil nabila adik. Haha, mungkin sbb beza nabila ngan ira lama, so dia terbiasa terlekat panggil adik sampai sekarang. Yang lain semua dalam femili panggil angah. Cuma biyyen je la panggil meoww.. haha. Dulu masa sekolah selalu jugak bergaduh, ada je yang tak kena. Tapi sejak dia masuk asrama masa dia tingkatan 4 di MRSM Kuantan, lepas tu hubungan kita orang jadi baik sikit. Haha, mungkin sebab jarang jumpa kot. Bila dia balik pun sekejap je waktu cuti, so tak sempat nak bergaduh...haha
Garang- Along ni boleh dikatakan garang jugak, garang macam tiger 🐯, tapi dalam hati dia lembut macam meoww 🐱. Tapi kalau nak dibandingkan, dulu dia lagi garang berbanding sekarang, lebih kepada tegas lah, ke semua anak sulung macam ni ya. haha
Sensitif (hati lembut) - nabila perasan yang along ni walau dia kat luar nampak garang dan tegas, tapi hati dia sensitif dan lembut. Tapi dia takda la menangis depan kita orang. Tapi bila dia menangis tu, nampaklah bengkak je mata. Ada la beberapa benda yang nabila perasaan hati dia sensitif. Macam contoh waktu nak pergi bercuti famili ke Cameron baru ni, abah macam berat nak pergi, dengan alasan sokmo je pergi situ outstation,.Bila abah cakap macam tu dia dah tahan air mata nak menangis pastu masuk dalam toilet. So nabila pujuk la abah balik...
![]() |
| Tapi dalam conversation ni, ada nabila delete, ayat yang kata along menangis,.haha, terus abah kata nak join. Well, kadang-kadang drama air mata pun menjadi jugak kan.. 😁 |
Dengan along, antara yang nabila belajar:
1) Jangan berkira sangat dengan adik beradik dan famili
2) Bila jauh dengan famili, selalu kol tanya khabar mama abah.
![]() |
| Bila tengok album gambar, baru perasan, tak banyak sangat bergambar berdua dengan along, ni gambar tahun 2018 tak silap |
![]() |
| Sept 2020, our first hiking together. tak sangka tahun 2020 ni, along develop hobi baru which is hiking yeayyy.... |
Nurul Nazira - ira (kelakar, fashionista, garang, penyayang)
Umur 22 tahun, sekarang tengah degree law di Unisza. Beza lima tahun dengan nabila. Tapi rasa mcm tak lima tahun sangat pun beza. Kadang rasa dialah kakak. haha.. Sebab dia ni macam matang jugak, kadang ada certain benda dan masalah nabila akan ceritakan dekat dia, dan dia akan bagi solusi dan advise dari perspektif berbeza yang nabila sendiri tak nampak.
Kelakar - Ira ni adik beradik yang paling kelakar. Tapi bila dia buat lawak tu muka dia selamba je. Kira dia ni penyeri rumah la, kalau tak ada dia sunyi rumah.
Fashionista - Antara kami, ira paling up to date bab fashion, kasut dia pun berkotak, belum baju dengan alat make up skin care lagi. Mungkin sebab environment dia dan kawan kawan dia macam tu kut. Berbeza dengan nabila dan along, kami memang failed bab make up ni. Kalau nabila, pandai tempek bedak ngan lipstik je tak nak bagi nampak pucat sangat muka. Celak, eyeshadow apa semua memang failed nak pakai.
Tapi bagus jugak ira advanced bab ni. Kalau nabila n along ada event ke kenduri ke nak pergi mana mana, dialah yang akan jadi advisor tudung mana yang sesuai nak matching-matching. haha. Oh ye, waktu nabila tunang pun, dia lah yang jadi tukang make up, tukang amik gambar, Nasiblah dia ada..
![]() |
| Kawan baik kawan gaduh. lol haha |
![]() |
| Sebelum ni before nabila busy kerja di Titiwangsa, pagi-pagi tu kita orang selalu jugak lepak Putrajaya, exercise kononnya. Rindu pulak haha.. leni exercise jogging semua pun ke laut. |
Muhammad Fakrul Aiman - aiman (manja, kuat bekerja)
aiman sekarang umur 18 tahun, beza dengan nabila sembilan tahun. Sekarang ni belajar di asasi pengajian islam di UM, since PKP hari tu, dia jadi rider Foodpanda
Manja - mama kata dalam banyak kakak dia paling manja ngan nabila.. ha ha ntahla kenapa.. mungkin masa kecik nabila selalu buat susu, basuh berak, pakaikan pampers semua kot.. haha.. tapi bolehla manja jugak dia ni dengan nabila. apa apa cari. nak beli tiket ke, pasal pelajaran ke, pasal kawan dia ke, banyak dia bercerita ngan nabila.. yelah kita pun nak manjakan sapa lagi kalau tak dengan adik adik. boleh katakan dia rapat jugak la dengan nabila. Banyak rahsia dia nabila simpan yang adik beradik lain tak tau (haha takdelah banyak, adalah la satu dua)
Kuat bekerja - dia ni dari zaman sekolah lagi kuat bekerja, kalau dia nak apa apa tu, dia akan berusaha. Masa sekolah asrama dulu, siap buat business amik upah basuh baju member kawan dia. Waktu dia tingkatan 3 lagi, bila cuti sekolah dia kerja kat kedai buku Pustaka Rakyat (tak jauh dari rumah kita orang). Sekarang even tengah belajar lagi pun, jadi rider Foodpanda. Kadang tu nabila membebel jugak dekat dia, dah penat bekerja, memang kelaut lah fokus nak belajar (macam cakap dekat diri sendiri je..haha)
![]() |
| Jan 2019- pic sebelum berangkat pergi Umrah |
![]() |
| 2018, excuse my burned face, masa ni baru beberapa minggu lepas hiking di Gunung Rinjani, konfiden sangat pergi tak pakai sunblock. |
![]() |
| 2015 - dalam feri, waktu ni hantar aiman sekolah asrama di Pulau Pangkor. Ingat lagi time ni, bila kita orang nak balik dia selamba je, tapi abah dah nangis dulu |
.........................................
Dari aiman, nabila belajar, untuk nakkan sesuatu tu, kena berusaha. Tapi kena jugak pandai manage masa (which is i have yet to learn)
................................................................
Konklusi...
Dulu-dulu memang selalu bergaduh, biasalah tu kan, tapi bila dah besar masing masing dah matang.,
Tahun 2018, abah eksiden, mama sakit, peristiwa2 ni secara tak langsung uji kami adik beradik.
Hikmah dari situ hubungan kami makin kuat, saling kuat menguatkan satu sama lain. Setiap adik beradik ada peranan masing- masing.
So yeah, mereka adalah antara nikmat nikmat yang Allah kurniakan buat nabila di atas dunia ni.
Monday, 2 November 2020
In Good Company
Saturday, 12 September 2020
Empty
Rasa macam.. akhir-akhir ni busy sangat sampai ke migrain kepala.. tapi tak taulah busy dengan apa, mngkin persiapan nak tentukan tarikh majlis dan tempat. Alhamdulillah ala kulli hal, Allah permudahkan dah setel bab tu, yg lain lain boleh slowly survey.
Tapi nak katanya, dua tiga minggu ni jugak la, tak tertersempat nak tadabbur quran. Rasa dah kurang kekuatan tu, mungkin sbb beberapa minggu tinggalkan usrah QMAP3T. Patutlah terasa kosong. Ada emptiness dalam hati yang tak dapat nak digambarkan. Ada rasa rindu, rasa nntah, susah nak describe..
Kebtlan malam ni, cuba siapkan task yang agak lama dah tak buat tadabbur Surah Qaf. MasyaAllah jumpa ayat kegeramaran
i'd just love ayat 16 ni, menggambarkan bertapa dekatnya Allah dengan kita, tapi kenapa tak sedar dan masih ego, kenapa malu nak mintak tolong pada Dia.
Side yang lain, ayat ni jugak, bagi tau yg kita sentiasa kena fikir baik baik, ingat baik baik. Kebetulan 2-3 hari ni, nabila selalu sangat judge org. Macam contoh ada student nakal sikit. Kita dah mula judge cara didikan emak ayahnya. Macamlah kita ni baik sangat sesuka sesenang hati nak judge org. Kena fikir baik baik, ucap baik baik. huhu
Sebagai kesimpulan. Untuk setiap satunya, terima kasih Allah























